Monday, November 9, 2009

cyborg VS MC donald 2!!








Align Center


huhu..
da lme x menulis..
rasa2 mau mulakan style baru or new blog!!
biaq kewl mcm ice blog!!
hahaha..so..
try my best again~~

Monday, October 5, 2009

aku lembab??

argh..

aku lembab ke??
alaa..sori ea..ak puasa b4..
2 yg xdapat nak on line..
huhu..ni da raye pon maseh lembab gak..
sebab..
perot da makin boyot!!!
tidak!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, August 11, 2009

GO YOUTH PROGRAM_part 2

sambungan program youth lalu..
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
tak berminat..



salam semua...
setelah lama aku menunggu akhirnya program go youth yang lama dirancang telah tiba..
sebelum bercerita dengan lebih lanjut..aku akan bercerita serba sedikit mengenai objektif program go youth ini.
program ini bertujuan untuk memecahkan Malaysia Book of Record dengan mengumpulkan seberapa banyak kelab2 berkereta yang wujud di negara kita.
selain itu program ini juga memberikan input-input mengenai keselamatan di jalan raya serta kesedaran tentang bahaya dadah dikalangan belia.
terdapat banyak lagi tujuan program ini..tapi biarlah aku bercerita tentang perjalanan pada hari pertama dahulu..

pada jam 11 malam aku dan rakan cyborg bertolak ke bukit jalil..kami banyak bersinggah kerana kebanyakan kereta mempunyai enjin turbo dan senang untuk "panas"..jadi pada malam itu kami mula-mula singgah di Machap kerana kereta saudara kami telah kebocoran air di radiator..

**kereta kuning labu..geram siot

setelah kereta saudara kami itu di tow, kami bertolak ke rawat rehat ayer keroh.di sana kumpulan satria melaka club@smc telah menunggu..

**mesyuarat tingkap
seterusnya kami berkonvoi ke seremban..huhuhu..panjang tu..kami telah diiringi dengan marshall(tengs bro!!) dan tiba di seremban kami disambut oleh Akina..di sana saudara taleb memberikan sedikit taklimat dan kami berehat sehingga jam 5..

**saudara taleb memberikan taklimat

**zam perot terserlah disitu..

pada jam 6 pagi kami tiba di perkarangan bukit jalil..kami yosato adalah antara kumpulan yang terawal tiba...

** saudara sir dan labu trus baring seiring dengan kereta siapa ntah..

**bersambung**

Tuesday, August 4, 2009

WARNING...VIRUS DETECTED..

INI KISAH BENAR...

KELUARGA BACARIAN SEDANG DISERANG VIRUS SECARA BESAR-BESARAN..
HAMPIR SEPARUH AHLI KELUARGA BACARIAN TIDAK HADIR KE  KELAS KERANA SELSEMA, BATUK DAN PENING KEPALA...
HAL INI BUKANLAH DIRANCANG..
SEBALIKNYA KEBETULAN SEJURUS SAHAJA SAMPAI KE IPGM K.T.I PADA SABTU LALU..
DIHARAP WARGA KAMPUS DAPAT BERSABAR DAN BERJAGA-JAGA AKAN VIRUS YANG MENULAR INI..
DI HARAP KELUARGA BACARIAN DAPAT SIHAT DAN KEMBALI MENJALANKAN AKTIVITI KULIAH SEPERTI BIASA...

P/S-HARAP2 CREDIT HOURS XTOLAK
P/S-HARAP2 EN B TAK MENGAMUK..
P/S-SAKIT INI TAK TERMASUK SAKIT GATAL2,LUKIMIA,LIDAH TERBELAH DSB
P/S-HARAP2 DAPAT CUTI TANPA GANTI DPD PIHAK PENGURUSAN KAMPUS

Sunday, July 12, 2009

sekadar renungan..refleksi BIG

salam semua..
kali ini aku nak bicara tentang BIG aku yang lepas
huhu
kembara sosial sangat bermakna
dan
membuatkan aku berfikir(masa exam pun xberfikir mcm nie)
masa program hari tu aku dapat keluarga
yang sederhana
xmiskin..xkaya..
masa mula2 jejak kaki ke rumah dia..
mak aku nie macam malu2 atau blur
mungkin sebab xtahu nak wat apa dengan kitorang kan..
pas dok kejap..dia trus ajak aku dan kawan2 aku ni pegi jeti..


jadi nak dipendekkan cerita..
memang puas la kami makan 
dan 
berjalan sepanjang hari..
dapat macam2 pengalaman..
hurm..benda2 2 sume da biasa bg aku
so xkesah sgt la kan

cuma yang bermain dalam kepala otak aku nie
kagum..terharu..

terharu dan kagum : melihat mereka bersungguh-sungguh melayan kami.
semua diberikan cukop
sangat terharu..walaupun mereka ada yang tergolong dalam golongan yang susah
layanan yang diberikan masih kelas A!!
cuma aku agak terkilan kerana
anak2 kampung disana masih tiada kesedaran untuk belajar..
sekurang-kurangnya habis sekolah menengah..
hurm
sedey la jugak..
huhu
masa g program bersamamu..
ada je anak2 dorg ke sekolah
atau
semangat untuk kesekolah
walaupun keadaan mereka sangat daif..
sehinggakan bumbung langit
lantai tanah
lampu pelita..air sungai..
huhuhu
sangat2 menginsafkan aku..
selamat beramal&renung2 kan


HURM..PERCAYA TAK??

sepanjang hidup aku ni la kali pertama..
malam mimpi dan esoknya terjadi..
sebelum ini bila benda terjadi rasa macam penah terjadi(fhm x?)
huhuhu
tp baru-baru nie..
aku nak tdo..balik big penat la katakan..
aku dapat satu mimpi yang tak putus-putus..
bila tido balik mimpi tu bersambung..
mimpi :jumaat malam sabtu
aku pergi ke suatu tempat..
tempat tu aku tak perasan kat mana..
ada tempat makan dan tempat tu agak suram..
aku berjalan-jalan sekitar dan aku nampak tempat tu penuh dengan maksiat
huhuhu
bersepah-sepah di kawasan suram di sebalik deretan kedai2 makan tu td..
ada seseorang nampak aku dan mengugut agar xmembongkar rahsia..
dia membawa rakan2nya mengejarku
(kompomla aku lari kan..aku sorg kot)
aku lari ke kereta aku..
tetapi kereta aku masa tu xboleh nak gerak..
keadaan kereta aku teruk dirosakkan oleh mereka aku rasa..
mereka mengambil rakan2 ku dan dibawa lari menggunakan kereta mereka..

aku tersedar dari mimpi..dan aku ambil nafas..
masa tu ak da takot nak tidur balek..
sebab aku takot mimpi tu akan bersambung..

aku ambil masa dan alih cara aku tidur..akhirnya aku dapat lelap mata
dan
mimpi tu habis disitu..

kejadian :sabtu malam ahad
aku pergi ke stulang..
bersama dua rakan ku..
aku berjumpa dengan dua orang lagi rakan ku
sebelum pergi ke tempat maksiat..
aku duduk minum di sayam(kedai makan)
dalam jam 12 lebeh ak pun masuk
didalam memang happening..
tiba2 ad pergaduhan berlaku..
tetapi pergaduhan itu dapat dikawal dan selesai di luar
dalam jam 4 aku keluar 
dan
aku mendapati kereta aku berat
aku ingat kan kereta aku alignment lari
aku berhenti di tepi jalan sebab aku rasa lain macam
ah...
aku da agak da.
tayar aku belah kiri kne pancit
dalam jam 6 2orang kawan aku td 
dihantar oleh seseorang
dan aku tinggal dengan kereta di stulang..

kesimpulan :
cuba korang bandingkan mimpi aku dengan kejadian..
1.memang di stulang ada deretan kedai makan
2.kawasan di sana agak suram
3.tempat maksiat
4.2orang rakan ku diambil
5.kereta aku memang xboleh nak gerak..
huhuhu..aku sedar akan vision nie masa aku otw mencari kedai tayar dalam jam7..
xtahu lah sama ada kebetulan atau sekadar permainan tidur..
tetapi bagi aku ianya memang benar berlaku
tidak mungkin segalanya kebetulan
dan
tidak mungkin permainan tidur 2 terjadi..
percaya atau tidak terpulang pada anda yang membaca..
jangan biarkan hidup anda diselubungi
MISTERI...

P/S-terdapat beberapa perkara harus dirahsiakan atas sebab2
tertentu..




HUAHUAHUA..
INILAH CERITA TENTANG MENATANG YANG PALING KELAKAR PENAH AKU TENGOK..HUHUHU
MEMANG DARI AWAL SAMPAI HABIS KITA AKAN TERGELAK JE..
WATAK SID MEMANG MENJADI UTAMA CERITA NI..
WALAUPUN SEPATUTNYA DAPAT KAT MENATANG LAEN..HEHE
TAPI BAGI AKU WATAK SID SANGAT HIDUP DAN KERANA SID LAH RAKAN2 LAIN MASUK KE DALAM DUNIA DINOSOUR UNTUK MENYELAMATKAN SID!!

WATAK SAMPINGAN SEPERTI TUPAI DAN TUPAI TERBANG ZAMAN PURBA JUGA MENJADIKAN PENONTON TERGELAK MELIHAT AKSI MEREKA..
HUHUHU
WALAUAPAPUN AKU BAGI CERITA INI 5 BINTANG!!
SEGALA-GALANYA BOLEH DITERIMA AKAL..
KERANA..
CERITA INI ADALAH..
KARTUN SEMATA-SEMATA!!!
DAN YANG PENTING..
LAYAN!!!!!!!!!!!

memang ramai...


memang ramai yang pergi tengok filem yang sangat hebat pada tahun nie..aku rasa la..
sambutan yang diberikan sangat luar biasa!!
kali pertama aku ke cs dan menunggu 2jam!!
hebat penangan cerita nie..
berdasarkan pada penelitian aku..cerita ni sangat menarik!
pertembungan antara dua bangsa robot gergasi dari awal hingga akhir menjadikan penonton terpaku sehingga 2jam setengah!!

walau bagaimana pun...
ada sedikit cacat dalam filem ini..
yang paling ketara apabila robot dapat vacum van tetapi manusia 2orang tu dapat lari juga..huhuhu
ada beberapa lagi kecacatan
tetapi aku tak mahu cerita..kesian pada oembaca yang masih tidak tengok
hahaha
tidak rugi tonton..caubancau,,dadada
selamat menonton!!

yeah!!!yeah!!!

akhirnya aku dapat tiket untuk cerita yang lama aku tunggu nie..
walaupun xde duit..tapi sebab cerita nie aku g jugak la..
huhu..sangat obses sama cerita ini..banyak juga dugaan tau!!

antara dugaan masa cerita ini keluar aku tiada teman rapat untok teman aku tonton cerita ini..sedey lor..haha..xmau tonton sorang2 lor!!
lastly naseb baek ada mirul..he is my hero!!
dia teman aku sampai cerita habes..(memang lah)

selain daripada itu aku juga dikejutkan dengan berita angin yang mengatakan tiket sudah habis..sangat risau tahu!!naseb baek juga gerko tiada..
so habis kelas terus shoot ke cs dan cari tiket_suda tentu di kaunter ma..
alhamdulillah..ada gak tiket walaupun aku terpaksa tunggu 2jam..kerana tiket pkol 2.35 dan 3.25 sudah habis..sob3
xpe2..kami fanatik optimus..huhuhu
dan akhirnya kami masuk!!

tetapi semasa di dalam studio..kerusi kami sudah diduduki orang.
wat da!!!!orang tu kate aku salah studio..
tapi aku tengok balik kat luar sah2 aku di tempat yang betol..
naseb baek orang tu tak kene fire sama aku dan mirul
hahahaha

sangat bernasib baek!!


huhuhu..kagum sama benda atas nie
kepada ira : ko apoi..da aku kelam kabot tapi tahniah
aku ske ko mng tapi ak xske ko kdekot!!hahah
kepada mirul :tengs teman ak
kepada apad dan bal : tengs coz jadi driver!!hahaa

AUTOBOTS!!TRANSFORM!!

Monday, June 22, 2009

kuliah..oh kuliah..

argh!!!
pada hari pertama kuliah aku sudah skip kelas..memikirkan hal kuliah yang aku agak tidak berapa konfiden kerana pening memikirkan apa yang bakal berlaku pada semester ini..banyak faktor menjadikan aku kalut dan tidak bersedia untuk ke kelas..

antara yang bermain difikiran aku ialah pensyarah yang bakal mengajar kelas aku nanti..aku sudah bosan dan tak jemu dengan kerenah pensyarah yang mengajar..adakah kelas aku masih diajar oleh pensyarah2 yang rajin2..huhu_rajen kepada benda2 yang berfaedah le exp:isl,kelas ganti,kelas tambahan(kelas kuasa dua!!)da wat kelas di tambah lagi!!

selain itu aku memikirkan akan jadual waktu kelas aku ini.
harap sangat agar kelas aku santai berbanding sebelumnya..malangnya apabila mengetahui kelas aku seperti waktu pejabat!!adohai..bagaimana aku harus menghabiskan sisa waktu di kampus dengan tenang??

aku juga agak risau akan subjek major aku pada semester ini!!aku amat risau dan fobia pada calculus..huhu addmath dulu pon dapat g jek
mcmana nak skor ni...
ya tuhan..tolonglah hambamu ini...
huhuhu sesungguhnya agak kusut memikirkan perubahan yang amat mendadak ini!!

"siapa minum air bapak?"

teriak bapa ku dari dapur..huhu..aku wat muka tak bersalah dan cakap bahawa aku minum tadi..sikit je..kerana aku sangat teringin akan air f&n zapel yang sejuk dalam peti ais..

"bapak beli air tu bapak nak minum.kau pulak yang minum dulu ea.tinggal sikit je ea.ko kan dapat elaun,bli la sendiri."sambung bapak aku.dalam pala otak aku masa tu ialah mesti adik aku yang kecik tu da sambung minum air bapak aku tadi.memang la aku yang bukak.tapi bukan sengaja.masa tu aku sangat teringin..aku fikir mesti bapak aku sedih.

walaupun bapak aku seorang yang slumber,tapi kadang-kadang ayat dia wat aku terasa sedih dan kesian..aku memang selalu kecik hati dengan bapak aku.kadang-kadang ada juga berfikir yang bukan-bukan kerana marah.tetapi bila aku lihat bapa aku,aku tak tumpah pun macam dia..dia selalu tolong aku dan adik-adik aku..walaupun dia pun macam tak berduit(kata mak aku bapak aku ada simpanan lain)aku rasa sedih juga.yela nak buatkan anak gembira dia sanggup tunaikan apa yang anak-anak dia minta walaupun poketnya sudah kering..kadang-kadang makan di kedai pun bapak aku tu minum ais kosong je.sedangkan anak-anak dia semua air nak best-best sahaja.aku yakin bapak aku tu pun macam aku juga.ada kehendaknya sendiri.mungkin memikirkan perbelanjaannya dia terpaksa cutcost.

jadi pada hari bapa yang lepas semasa dia ke sedili untuk melatih anak buahnya berkayuh..aku pergi ke kedai dan membelikannya sesuatu yang aku harap dapat buat dia gembira atau touching.aku rasa itulah hadiah yang paling sesuai untuknya pada hari bapa tahun ini..ya..AIR F&N ZAPEL botol besar..aku beli dan aku letakkan di peti ais sebelum aku pulang ke jb..

dan pada hari ahad lepas bapak aku turun jb.aku berselorh dengannya..
"pak,selamat hari bapa..moga panjang umur!!hadiah bapak dalam peti ais!!da tengok ke?"

lalu balasnya bersahaja..



"eleh!!lain kali beli la kasut clarks ke..handphone ke.."
alahai..hehe
aku gelak je dalam hati sebab aku tahu dia dah tengok..
hurm gembira rasa dan mesti aku sangat rindu pada bapak aku t
haha
buktinya hari ini aku dah tuliskan dalam blog ni ha!
dia memang sporting!!kadang-kadang je angin dia yang buat aku tak minat..

thanks a lot BAPAK!!MOGA PANJANG UMOR DAN MURAH REZEKI!!SELAMAT HARI BAPA!!

Monday, June 15, 2009

cutiku,cutimu jua..

salam semua..
lidah kembali lagi atas desakan beberapa pihak..huhu
yup..waktu cuti sangat bz..sangat best..sangat bosan!!
yela..waktu cutiku ini aku menghabiskan banyak masa dengan family-sudah semestinya dan rakan-rakanku sebaik-baiknya!!
hurm..
kenapa lidah kate sangat bosan??
huhuhuhu
yurp
cuti kali ni sangat perit kerana wang elaun tidak masuk lagi..
sedangkan beberapa aktiviti sudah dirancang dan harus dijalankan dengan jayanya..
di sini lidah berbesar hati untuk berkongsi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sebaik sahaja semester baru lidah bermula iaitu pada hari isnin ni..(ha!!tengok la tarikh hari ni da berapa!!)

  1. kompomnya 26/6/2009 transformers revange of the fall-tempat cs kowt
  2. lawatan sambil belajar ke singapura kelab teater (kalau jadi)-tarikh masih tidak diketahui
  3. lawatan sendiri ke melaka-lawatan sambil makan angin!!sapa mahu join??-tarikh seperti no 2
  4. program go youth di bukit jalil(perkumpulan kelab-kelab berkereta malaysia-maybe terbesar di malaysia)-tarikh 25/7/2009!!sapa mahu ikot??single rider nih
  5. program membeli belah raya_tarikh sebaik-baiknya sebelum puasa..alhamdulillah
  6. cerita-cerita wayang yang lain seperti public enemy dan seangkatan dengannya_ira yang warak pliz siap sedia yek
  7. hal-hal lain..

jadi lidah sangat pening memikirkan kemungkinan elaun masuk...khabar angin mengatakan bulan 8!!_wak lu..rasa-rasa lidah nak jamah nasi di osman pun sudah parah..macamana nie??

mahu cari kerja!!dan sesiapa yang bermurah hati nak menyalurkan sumbangan kepada lidah..lidah terima dengan hati yang terbuka..

cau cin cau...see ya!!


Monday, May 18, 2009

kembali....(6,6)

hahaha

kini ku datang semula walaupun hari ini ada exam
xpe2..
aku kerahkan kudrat aku yang ada ni untuk menulis!!
heh
aku agak bersemangat kerana membaca blog-blog yang mantap bagi aku ah..
sehinggakan di anugerahkan blog paling comel 2008_semestinya bukan blog ini..
xpe2..
aku akan revise back sama seperti aku mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi exam pada dewasa ini..
huhuhuhuhu
harap bersabar yee

Thursday, April 23, 2009

miz ALL the PAST

                                                 


Masa dulu..
kemana semua bersama..
hehehe
ada je yang perli 
dak math g family day ke?
zaman kanak2 la katakan
hepi sentiasa..
huhuhu
kat sini ada liletakkan beberapa keping gambar
yangmengimbas nostalgia lalu..
huhuhu 

                                                                       1st semester........
 
masa majlis kawen salah sorg rakan
                            
semasa tutorial..(semua dtg time 2)
  huhuhuhu
sekarang xda da mcm 2...
semua bawak hal masing2
sebenarn7a sang4t rindu m4s4 lalu..

sedih!!!-HUJAN

kini ku sepi
tak mahu buang masa lagi mencari
- mencari
dinding nya terlalu tinggi
ku cuma mahu tahu apa di sebelah
- tak salah
tunduk elak memang helah nya
tangan umur 3 tahun cuba genggam satu semesta
tak sakit
tak sakit
nawaitu nya ada

tergesa gesa rasa gelisah
ini pasrah
ku lihat kabur ku harus akur
aku tunduk

tergesa gesa rasa gelisah
ini pasrah
ku lihat kabur ku harus akur
aku tunduk

Friday, April 10, 2009

hari yang malang..

pada hari rabu lepas..aku berasa sangat malang..

nak tau kenapa??
peristiwaselepas aku celikkan mata..
aku nak pegi makan..
seorang rakanku telah mencadangkan 
'jom makan mcD nk?kita  telefon je..lagipun mcvalue lunch murah hari ni..'
ha?
okey jugak aku cakap..
lalu aku pun telefon..
da oder makanan yang kitorang nak makan..last harga dia rm38.50!
kate mcvalue murah..
rupa2nya delivery tak dapat harga tersebut..
ah..sudah..malas punya pasal kami terpaksa membayar harga makan kami seharian cuma untuk makan tengah hari sahaja..

peristiwa ke- 2
petang tu pegi jusco pulak..
ingat nak makan pop-corn
sebelum beli tu dah cakap dah dengan cashier
nak paling kecil..
sekali amik yang regular..
dan akhir sekali..
berlaku salah faham dan pop corn tersebut hanya sesuap sahaja sebelum jatuh ke lantai dan berderai..
malu siot!!
semua orang tengok!!
huuaaa!!!
nak pop corn!!

Thursday, April 2, 2009

hujan di tengah hari...

kusangkakan panas sampai ke petang
rupa-rupa hujan di tengah hari

memang benar hari tak sentiasa cerah
hidup bagaikan roda
banyak ketawa sedih akhirnya..

Wednesday, April 1, 2009

LAGU KALI INI..

meninggalkanku sendiri_HUJAN

Jika ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Jangan disimpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu
kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam
ditemani bintang terang
Hancur hati bila kau
undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan daku sendiri

Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

aku gembira sekarang!

aku gembira dengan kehidupan sekarang
tanpa ada rasa curiga
ada perasaan was-was
life must go on!
aja2 lidah!!

Thursday, March 19, 2009

tahniah buat SHAH..


TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH!!

PADA 15/3 YANG LALU SHAH SPRAY

TELAH MELANGSUNGKAN PERKAHWINANNYA DI LOK HENG

DENGAN PAKAIAN SERBA MERAAH JAMBU SHAH BERGAYA

DI HARI PERKAHWINANNYA..



*kelihatan rombongan sedang menunggu dengan perut yang lapar

*barisan rombongan pengantin lelaki

*barisan rombongan yang turut menjayakan majlis

*setelah tiba..owner semua sedang..

*makan..makan...jemput tambah!!

*wajah ceria si raja sehari..tahniah!!

*pada sesiapa nak fotografer amatur macam lidah..sila komen k?

Friday, March 13, 2009

zaman nokia 3310..



halohalohalo...
hari ini aku terpanggil untuk menceritakan zaman nokia 3310..
sebenarnya aku dapat idea ni semasa berbual bersama dengan rakan2 di bilik
cuba kita ingat balik..
masa dulu kalau dah ada handphone 3310 itu sudah dikira mewah..
dan pada masa itu juga sim card berharga kira2 rm 50 seunit!!
hp ini juga tahan lasak
tercantik semasa awal keluarannya
mesra pengguna
harga yang agak ekonomi(awal keluaran)
dan
selalunya akan bergaduh dengan rakan2 semata-mata
mahu bermain game snake!!

Tuesday, March 10, 2009

kawan..

kawan..
dimana tempat mencari kawan yang gelak bersama
menangis bersama
susah bersama
senang bersama
mengapa ada perasaan sayang pada kawan 
sedangkan kawan tidak pernah fikir akan kita
kalau betul ada tempat yang boleh kita dapatkan kawan
yang cukup kriteria
bagitaulah pada semua supaya tidak salah pilih


Friday, March 6, 2009

UNDILAH SEPAH!!










ASSALAMMUALAIKUM!!
MALAM NI ADALAH MALAM PENENTUAN!!
MALAM YANG BAKAL MENENTUKAN SIAPA BAKAL MENJADI RAJA LAWAK MUSIM KE 3!!
SIAPA AGAKNYA YEA??
NABIL???
EH DIA MUSIM KE 2 LA..
SIAPA??
JEHAN??AMIR??SEPAH???NUBHAN??ISH2..NUBHAN TU AF LA..
TAK KENAL JUGA?
HA...NI HA..


*NAMA FINALIS MENGIKUT URUTAN
MARI KITA LIHAT PADA MALAM INI..
HARAP2 SEPAH MENANG!!
JOM!!
SOKONGLAH SEPAH!!


hei...hei...


hari ini aku mahu cerita tentang hero aku!!
ya..my hero..super HERO!!
hero yang aku maksudkan bapa aku!!
EN. OTHMAN BIN RASHID
bapak aku semasa zaman muda beliau..
(hee..saje mau promote bapak sendirik!!)


masa dahulu kala..
bapa aku adalah seorang atlet terbilang dalam sukan lumba basikal..
kesana kemari beliau mengayuh basikalnya..
SINGAPURA ke JOHOR BAHRU..
JOHOR BAHRU ke MUAR..
MUAR ke KUALA LUMPUR..
sehinggalah beliau menjadi seorang atlet kebangsaan..


tak percaya??
ini antara bukti nya!!

menGANTOIkan pelumba negara ketika itu!

lagak si juara!!
sampai arab bapa aku mengayuh..
p/s-tak percaya datang umah aku jumpa sama en othman rashid!!