Monday, June 22, 2009

hero aku_hari bapa

"siapa minum air bapak?"

teriak bapa ku dari dapur..huhu..aku wat muka tak bersalah dan cakap bahawa aku minum tadi..sikit je..kerana aku sangat teringin akan air f&n zapel yang sejuk dalam peti ais..

"bapak beli air tu bapak nak minum.kau pulak yang minum dulu ea.tinggal sikit je ea.ko kan dapat elaun,bli la sendiri."sambung bapak aku.dalam pala otak aku masa tu ialah mesti adik aku yang kecik tu da sambung minum air bapak aku tadi.memang la aku yang bukak.tapi bukan sengaja.masa tu aku sangat teringin..aku fikir mesti bapak aku sedih.

walaupun bapak aku seorang yang slumber,tapi kadang-kadang ayat dia wat aku terasa sedih dan kesian..aku memang selalu kecik hati dengan bapak aku.kadang-kadang ada juga berfikir yang bukan-bukan kerana marah.tetapi bila aku lihat bapa aku,aku tak tumpah pun macam dia..dia selalu tolong aku dan adik-adik aku..walaupun dia pun macam tak berduit(kata mak aku bapak aku ada simpanan lain)aku rasa sedih juga.yela nak buatkan anak gembira dia sanggup tunaikan apa yang anak-anak dia minta walaupun poketnya sudah kering..kadang-kadang makan di kedai pun bapak aku tu minum ais kosong je.sedangkan anak-anak dia semua air nak best-best sahaja.aku yakin bapak aku tu pun macam aku juga.ada kehendaknya sendiri.mungkin memikirkan perbelanjaannya dia terpaksa cutcost.

jadi pada hari bapa yang lepas semasa dia ke sedili untuk melatih anak buahnya berkayuh..aku pergi ke kedai dan membelikannya sesuatu yang aku harap dapat buat dia gembira atau touching.aku rasa itulah hadiah yang paling sesuai untuknya pada hari bapa tahun ini..ya..AIR F&N ZAPEL botol besar..aku beli dan aku letakkan di peti ais sebelum aku pulang ke jb..

dan pada hari ahad lepas bapak aku turun jb.aku berselorh dengannya..
"pak,selamat hari bapa..moga panjang umur!!hadiah bapak dalam peti ais!!da tengok ke?"

lalu balasnya bersahaja..



"eleh!!lain kali beli la kasut clarks ke..handphone ke.."
alahai..hehe
aku gelak je dalam hati sebab aku tahu dia dah tengok..
hurm gembira rasa dan mesti aku sangat rindu pada bapak aku t
haha
buktinya hari ini aku dah tuliskan dalam blog ni ha!
dia memang sporting!!kadang-kadang je angin dia yang buat aku tak minat..

thanks a lot BAPAK!!MOGA PANJANG UMOR DAN MURAH REZEKI!!SELAMAT HARI BAPA!!

4 comments:

Nurul Hidayah Isnin said...

isk3..sob3..tpouching la sy baca blog kamu lidah...
smoga bapak kamu sentiasa sihat...

tp btol gak..stakat air zapel baik x yah wei...
len kali bg la hamper ke..bru la teruja bapak kamu 2..

lidahaku said...

to dayah : heh..wet elaun lom masuk la..

i am perempuan said...

hahah kelakar lah bapak kau tp die best! ;p

lidahaku said...

huhu
tahu xpe burn